Sunday, February 24, 2008

Biarkan hati itu menangis-Buat Isteriku


Biarkanlah hatimu menangis...
Memburaikan air mata...
Kerana ianya akan mengalirkan pedih
Menghalau resah …dan tuhan menadah
Biarkan hati itu merintih…menguasai telingaan bersama hawa hawa jiwa
Kerana yang mendengar bisikanmu adalah KEKASIH
Biarkanlah hati itu berlari mengejar kabusnya rindu...
Dan biarkanlah langit hiba mengigit…
Kerana pelangi syurganya adalah rahmat tuhan
… dan demi PINTU PINTU hikmah yang akan terbuka buatmu.
Menangislah dikala cahaya bulan menusuk
Kerana tuhan bertanya kabar…
Pelangi syurga menghiasi langit hatimu
Dikala airmatamu...
begitu mengalirkan air dijuwaku.. dimata… dimana mana….!
Maka teruslah menangis…
Kerana kerana aku sangat mencintai tangismu
Sepertimana aku mencintai syurga bagimu।
Pastinya aku akan bersama samamu selama lamanya...

No comments: